|
|
|
|
Struktur bidang
perkhidmatan yang disediakan oleh firma kami
adalah seperti berikut:
|
-
URUSAN
BANK
Kemudahan
bridging dan akaun pinjaman perumahan yang
berkaitan dengan transaksi harta, kewangan
korporat seperti pinjaman terma, overdraf
dan pelbagai kemudahan, jaminan korporat dan
debentur, serta dokumen standard sekuriti.
-
KORPORAT
Pemerbadanan,
pendaftaran perniagaan, penubuhan cawangan,
perkhidmatan kesetiausahaan korporat,
usahasama, jual beli syarikat/perniagaan
atau saham dalam syarikat, penyusunan semula
korporat, perjanjian pemegang saham, opsyen
panggil dan letak (Call and Put options),
penyenaraian syarikat di Bursa Saham Kuala
Lumpur.
-
PERDAGANGAN
Perjanjian
untuk pembekalan barangan dan perkhidmatan,
termasuk penyediaan dokumen tender untuk
pembekalan barangan dan perkhidmatan
sedemikian; Perjanjian Harta Pihak
Pengurusan; Perjanjian Pengurusan Hotel;
Perjanjian Perkhidmatan Lif; Perjanjian
Sokongan Teknikal; Perjanjian Tenaga Kerja/Perundingan;
Perjanjian Skim Dermasiswa; Perjanjian
Bina-Beroperasi-Pindah; dokumentasi untuk
penyusunan komersial yang berpanjangan,
seperti hak pengedar, perlesenan, francais
dan dagangan barang; nasihat tentang isu-isu
pekerjaan; dan membantu ekspatriat memohon
permit pekerjaan.
- HARTA
Jual beli
hartanah yang berada dalam berbagai fasa
pemajuan, dan untuk semua jenis harta (samada
menerusi perjanjian persendirian, jualan
lelong atau tender), pajakan dan penyewaan
hartanah perumahan, harta perdagangan dan
industri, pelbagai jenis perjanjian yang
berkaitan dengan harta untuk memenuhi
keperluan perdagangan dan objektif
undang-undang klien kami, serta penyediaan
dokumen sekuriti.
- HARTA
INTELEKTUAL
Pendaftaran
cap dagang, pelbagai jenis perjanjian yang
berkaitan dengan eksploitasi perdagangan hak
harta intelektual, termasuk pemberian,
perlesenan hak harta intelektual dan
lain-lain hal seperti hak pengedar,
perlesenan, francais dan dagangan barang.
- LITIGASI
Injunksi,
hal-hal tuan tanah dan penyewa, perlaksanaan
tindakan undang-undang, litigasi perdagangan,
mendapatkan balik hutang penghakiman dengan
berkesan, pertikaian korporat, pertikaian
pekerjaan dan industri, liabiliti produk dan
perbuatan tort.
- LAIN-LAIN
Hal-hal
estet, amanah dan wasiat serta penasihat am
dan pemberian pendapat mnegenai isu
undang-undang secara am.
|
|
|
<
Terdahulu |
Bahagian
Atas^ |
Berikut
> |
|
Yap
Liew & Partners
Suite 1603, 16th Floor, Wisma Hangsam, Jalan Hang
Lekir, 50000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: 03 - 2032 3608
Fax: 03 - 2032 3609
Email:
ylplaw@yahoo.com |
|
Copyright
© 2003 YAP LIEW & PARTNERS, All
Rights Reserved.
Designed & Maintained by |
|
|
|